salam.
dah bersawang2 blog ni, amat LAMA x diupdate. sebenarnya penulis mempunyai banyak idea utk dikongsi, namun kekangan masa (baca: malas+lebih tumpu pd facebook menyebabkan penulis terpaksa melupakan blog ini utk seketika.
tanpa disedari, sahabat2 yg "mengikuti" laman ini telah meningkat kpd 23 orang. alhamdulillah... penulis mohon maaf krn kurang memberi perhatian pd sahabat2 d blog ini.
al-kisah, 9-16mei 2010 merupakan hari yg ditunggu2 oleh seluruh peminat badminton tanah air. kenapa? kerana tarikh tersebut berlangsungnya pertandingan piala thomas & uber, dan malaysia selaku tuan rumah.
sebaliknya, mungkin tertekan @ kurang persediaan... impian hanya tinggal impian. harapan seluruh rakyat malaysia utk mengakhiri kemarau kejuaraan lebur, apabila china dgn mudah "memukau" pemain2 malaysia utk melangkah ke peringkat akhir. china menang 3-0.
terdahulu, skuad piala uber longlai d tangan indonesia, juga dengan 3-0.
bercerita tentang ini, penulis merasakan atlit2 malaysia perlu dinaik tarafkan... dalaman & luaran. lihat sahaja sukan2 lain, bola sepak misalnya... amat JAUH ketinggalan dr segi ranking pasukan terbaik dunia. kita mempunyai kemudahan bertaraf dunia, segala-galanya dipandang tinggi masyarakat dunia. namun, persembahan atlit2 malaysia d pentas dunia agak menyedihkan (kecuali beberapa nama seperti Dato' Nicol Ann David, Azizulhasni, Dato' Lee Chong Wei) hinggakan masyarakat seakan2 sudah hilang kepercayaan apabila atlit2 ini beraksi.
sampai bila kita harus bergantung kpd nama2 hebat yg hanya seorang dua ni?kelak, usia mereka akan bertambah & tenaga jg berkurangan.didiklah & berilah pendedahan kpd generasi pelapis supaya nama malaysia kembali gah d mata dunia. bukan hendak berbangga, namun, kepentingannya juga x dapat dinafikan.
mengapa ya penulis bercerita tentang ini? ada beberapa isi penting:
1) setiap manusia mempunyai impian, berbagai2 impian. pelbagai halangan terpaksa ditempuh demi memastikan impian menjadi kenyataan. namun, sekuat mana pun manusia berusaha, ternyata DIA lebih berkuasa menentukan segalanya. mungkin impian itu tercapai, mungkin juga tidak. percayalah, setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya. (Al-Baqarah:216)
2) bersiap-sedia sebelum menghadapi apa jua keadaan. (Al-Anfal:60)
3) bersungguh-sungguh. islam yg kita anuti ini x mungkin akan kita nikmati tanpa kesungguhan Rasulullah & sahabat2 baginda, para tabi'in & ulama2 soleh menyebarkannya. pakar motivasi, Dr. Shukri pernah menyebut di dalam kaset motivasinya bersama kumpulan nasyid Rast: "yg berjaya x semestinya bijak, tp semestinya rajin."
........END
"TROUBLE IN PARADISE"
3 months ago







0 comments:
Post a Comment