salam.
alhamdulillah, bertemu lg dlm tulisan kali ni.
kali ni, penulis ingin berkongsi sedikit pengalaman berkaitan beberapa program yg telah penulis ikuti: ESQ Basic Training & Taaruf Week July Intake 2010/2011...
alhamdulillah, bertemu lg dlm tulisan kali ni.
kali ni, penulis ingin berkongsi sedikit pengalaman berkaitan beberapa program yg telah penulis ikuti: ESQ Basic Training & Taaruf Week July Intake 2010/2011...

esq stands for emotional spiritual quotinent...diperkenalkan oleh dr ary ginanjar agustian dari indonesia. program ni memang menarik, yuran yg dikenakan jg agak mahal (penulis membayar rm 850 utk 3 hari termasuk makan minum, kad alumni & sijil) namun ia adalah bayaran sekali seumur hidup. bermakna anda boleh mengikuti training ini seberapa banyak yg anda suka, pada masa akan dtg di mana2 tempat di dunia ni tanpa dikenakan bayaran (perhatian: hanya training percuma, kos2 lain di bawah tanggungan sendiri).
training lebih banyak dikhususkan pd pembangunan jiwa di samping akal yg mengiringi. sepanjang training, terdapat jg aktiviti2 yg bermatlamatkan penerapan nilai2 rohani yg bersumberkan nilai2 murni 99 Nama Allah (Asmaul Husna).
training ini jg turut dihadiri oleh golongan yg bukan beragama islam. masih penulis ingat nama mereka: Encik Lee & Encik Kumar. mereka amat sabar & sporting apabila diminta utk berkongsi pengalaman di akhir program. bagi penulis, walau apa pun tanggapan orang terhadapnya... training ESQ ini amat bermanfaat dari segi isi kandungannya & wajar diteruskan. tahniah ESQ!
beralih pd kisah kedua...
penulis memang telah lama mengimpikan utk menyertai salah seorang committee taaruf week. alhamdulillah permohonan penulis diterima. dan pd 28/6- 1/7/2010, kami seramai 158 org wakil uia berada di glory beach resort, p.dickson utk kursus induksi. di sana, kami dibahagikan mengikut bilik (1 bilik-7 org) & biro (ade 7 biro-penulis diletakkan di bawah biro welfare & welcoming).
macam2 yg kami ikuti di sana, antaranya perbincangan sesama committee (main event), permainan & jg senaman. fokus utama kursus ini antara lain merapatkan ukhuwah sesama committee... yela camne nak kerja kalau x kenal 1 sama lain kan?
selesai induction, masih belum tiba masa utk rehat... bahkan itulah permulaan kerja. mengikut data drpd A&R (admission & records iium), pelajar bg kemasukan kali ni ialah seramai 2943 org- 1209 lelaki & 1734 perempuan! fuh ramai tu...
penulis jg ditaklifkan utk menguruskan kemasukan pelajar2 direct intake (lepasan stpm,stam & diploma) seramai 370 org... agak kekok jg pd mulanya, maklumlah x biasa.
6 july.. kemasukan pelajar ex-CFS (matrikulasi IIUM) & permulaan taaruf week pelajar2 baru iium. penulis ditugaskan utk membantu biro registration di mahallah (kolej kediaman pelajar) salahuddin al-ayyubi. jauh tu! paling kurang 30 minit berjalan kaki dr mahallah penulis. alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
sepanjang program, penulis & rakan sebiro ditugaskan utk membantu menguruskan pelajar2 yg mempunyai masalah kesihatan. terbit rasa insaf melihatkan kegigihan orang lain yg kurang upaya utk menuntut ilmu... sedangkan kita yg sempurna ni memberi pelbagai alasan utk tidak belajar bersungguh2.

dipendekkan cerita, tibalah acara kemuncak minggu taaruf iaitu Bai'ah Ceremony di mana pelajar2 baru akan melafazkan ikrar di hadapan pimpinan tertinggi IIUM. saat ini mengembalikan memori penulis pd 2 thn yg lepas apabila penulis baru menjejakkan kaki ke taman ilmu & budi ini.
usai program, segala sendi & urat bagaikan ditekan2. penat!...namun pengalaman yg ditimba tiada nilaiannya. terima kasih pd semua pihak yg menjayakan taaruf week july intake 2010/2011!







1 comments:
wan alumni esq????
cantek. tolong bgtau apa simbolik nom tu. :)
Post a Comment