Followers

26 November 2010

CHOOSE

salam everyone, how's your day? i hope you're happy with your life. if you're not, then please share with others. maybe they can help you.

ok, for this thread, i'll use Bahasa Malaysia as the mediator. my apologize for international readers... "^-^ (it's only if there's)

ape yg penulis nak cerita kali ni yer? dah lama x menulis, jadi skill tu dah menurun. adeh.. -_-

saya suka menonton anime, kadang2 saya juga memuat turunnya dalam komputer. begitu juga dgn manga. Detective Conan, Naruto, Fairy Tail, Dragon Ball.. dan banyak lagi. terhibur juga rasanya ketika melihat aksi2 animasi ini. x hairan anime & manga yg dilahirkan di Jepun ini menarik ratusan (mungkin juga ribuan, malah jutaan) peminat! watak yg menarik (comel!kawaii!), jalan cerita, emosi yg realistik, menjadikan industri animasi ini ke tahap yg tersendiri.

di malaysia pula, perkembangannya agak perlahan. yg paling saya ingati ialah siri animasi Anak2 Sidek (AAS) & Usop Sontorian (bentuk 2D). memang layan la kedua-dua cerita ni, sampaikan semua komik AAS dibeli utk dijadikan koleksi peribadi. hehe, indah betul zaman kanak2 dulu.

namun, perhatian kepada industri ini mula kelihatan beberapa tahun yg lepas dgn terbitnya animasi kegeraman ramai, Upin & Ipin. kisah 2 beradik kembar yg lucu ini disiarkan setiap hari jam 5.30 petang hanya di TV 9 Di Hatiku (ceh promosi lak..hehe). x sabar menunggu Upin & Ipin Angkasa...

[ayam: (dalam hati). ape tengok2 ha?]
[upin:eh, ayam?
]
[ipin: hehehe. upin, ko fikir x ape aku fikir?
]


itulah dia beberapa siri animasi yg berjaya mencuit hati penulis. ye, sebagai manusia biasa kita perlu berehat. cara berehat itu pula pelbagai; ada yg suka bersukan, berurut (?), melancong, melayari internet & menonton animasi.

yg ingin ditekankan di sini ialah betapa banyaknya pilihan yg kita ada dalam hidup ini. buruk pilihan kita maka buruklah keputusannya, jika sebaliknya, mudah-mudahan baiklah natijahnya.

andalah yg membuat pilihan, dan andalah yg menentukan hidup anda. selamat membuat pihan!

2 comments:

akhirnye.. aku paham.. :D

ooo.. ko suke anime rupenye.... :D

ok2,ak tau ko jenis yg mendaulatkn bahasa kebangsaan =)

a'a,kalo ade citer2 bes bgtau ak ea