salam.
sekarang, berita mengenai Pakar Perlembagaan & Pensyarah Fakulti Undang-undang UIAM sedang hangat diperkatakan.
Aziz Bari digantung tugas
KUALA LUMPUR – Pakar perlembagaan, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari (gambar kecil) digantung tugas sebagai pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkuat kuasa kelmarin.
Beliau digantung tugas berikutan sepucuk surat yang diterimanya daripada Sekretariat Lembaga Disiplin, Tatatertib dan Kakitangan, Unit Perundangan UIAM tengah hari kelmarin..
(lagi berita di Kosmo Online - http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1021&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm)
di Facebook, berbagai-bagai "post" dapat disaksikan. wujud juga ruangan petisyen untuk membantah penggantungan ini.
penulis secara peribadi tidak mengenali Prof Aziz secara dekat, jadi tak mahu ulas lebih-lebih. diharapkan semua pihak dapat bersabar dan tidak menuding jari, menyalahkan orang lain. semoga perkara ini dapat diselesaikan segera dan adil.







0 comments:
Post a Comment